BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

follow la saya yang baik nih :)

TEKNIK CAKARAN HARI-HARI MAU


Teknik cakaran harimau terkini – Hahaha, encik emo jumpa dalam post  mana tah...Teknik ke-8 tu yang lawak sikit. Boleh lah isteri2 yg nk manja ngn suami di luar sana praktikkan kepada suami mithali anda semasa di rumah...Siap post gambar lagi kasi jelas. Nanti anda bayang sendiri susah pulak, silap teknik nanti tak pasal lari urat suami anda. Haha!
Kat bawah nie adalah gambar Teknik cakaran harimau terkini yang dimaksudkan. Bawah gambar nie pula adalah penerangan dari step 1 hingga 8.
teknik cakaran harimau terkini 2011
Teknik cakaran harimau
1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ….
3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat aka urutan labah-labah
4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.
6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.
8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kata kata sayang…”I love you”, atau “Saya
cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi “me tumse pyar karte hu”
Setakat 8 langkah dan teknik cakaran harimau nie, ada lagi step tambahan, tu anda reka sendiri la teknik-tekniknya. Hehehe! Sekian.
PS: Jangan bayang apa yg nak jdi selepas itu yang bukan-bukan terutamanya kepada yang belum berkahwin. Kepada dah kahwin.. so, no problem, tak perlu susah-susah nak bayangkan kan kan...